Tuesday, June 21, 2011

6 Cara komunikasi dengan Anak

1. Tertawa
Dengan mengajak si kecil tertawa, ibu bapa akan belajar mengenali apa yang menurut dia lucu dan disukainya. Anak juga akan belajar apa yang membuat ibubapanya tertawa.
2. Berbicara
Ini adalah cara terbaik untuk mengasah kemampuan verbalnya.
3. Bernyanyi
Si kecil akan senang jika ibubapa menyanyi untuknya. Cara ini juga efektif untuk menambah perbendaharaan katanya.
4. Memeluk
Bayi suka pelukan ibubapanya untuk mengalirkan kasih sayang.
5. Membaca
Dengan membaca, ibu bapa membantu mengasah kemampuan verbalnya.
6. Bermain
Kegiatan ini dapat menenangkan dan bahagia bersama antara anak dan ibubapanya.

Bangun Tidur

Sebelum ummi terlupa, ada sape ntah tanya ummi, a few persons ask me, Iman kalau bangun tidur tak menangis kan? Yup! kalau dia bangun tidur caranya samada dia bangun sendiri atau ummi yang kejutkan. Tapi, memang dia tak menangis, kadang-kadang tak sedar yang Iman dah bangun..Mudah-mudahan Iman begini selamanya. "tak mengerat".=)

Genap sebulan

Genap sebulan Iman tinggal di rumah pengasuh. Pada mulanya ummi serba salah kerana tinggalkan anak ummi pada umur 4 bulan..Dah lama ummi dok jaga Iman. Mengalir air matala juga, masa mula-mula tinggal pada pengasuh (MAMA). Walau apa pun inilah pilihan yang ummi ada. Alhamdulillah, insyaAllah, semoga ia menjadi momentum untuk ummi lebih bersemangat untuk bekerja dan memajukan diri.

Siapa buat susu Iman?

Setiap kali nenen, ummi akan tanya soalan ini.." Siapa buat susu Iman minum ni sayang"? ALLAH yang buat.. Say what to Allah? Terima kasih Allah Yang Maha Baik bagi susu pada Iman.. Ummi akan repeat sebanyak 3 kali, soalan beserta jawapan. Biasanya bila ummi cakap ni.. Iman pun tengok kat mata ummi, pause sekejap dan sambung balik nenen. Ummi harap ini dapat menanamkan dalam hati dan minda Iman tentang siapa itu ALLAH.


Papa balik Kampung

Ummi ada kerja ..tak dapat nak ikut balik..so, tinggallah ummi dan iman berdua di rumah ini..huhu..sunyinyer. Iman pun boring..biasanya bawak g jalan-jalan. Al-maklumlah papa dah biziman.mcm2 bis buat..hehe.
Jomla kita tidurrr..zzzzz..suda malam..wassalam

Iman sudah 5 bulan

Cepatnya masa berlalu.Anak ummi dah 5 bulan hari ni. Iman lahir 21.1 dan hari ini telah 21.6. Hampir separuh tahun la Iman mengharungi hidup di bumi Allah ni ya. Dah membesar dengan jayanya. Alhamdulillah sangat-sangat, Allah bagi kesihatan yang baik pada anak ummi. Tapi jika iman tidak sihat, maka itu ujian untuk kita semua. Iman xbanyak meragam. Ok..so far ummi sangat senang hati menjaga Iman yang sering tersenyum dan buat ummi rindu sokmo bila berjauhan sekejap dengan Iman.

Bulan ini juga merupakan bulan terakhir ummi 'merelak'kan diri ummi dengan Iman. No more ' flexi hour' lepas ni. Ummi dah dapat kerja dan hanya tunggu offer letter. Mudah-mudahan ummi dapat 'manage diri ummi berkerja dalam keadaan baru nanti.

Berdebar-debarnya ummi. Ummi dah mula rasa 'rindu' dengan anak ummi nih.

cool ummi..cooll...elek elek..jangan gabra. Solat hajat banyak-banyak..minta doa, insyaAllah, dipermudahkan urusan.

Monday, June 13, 2011

Resepi best!

ummi coppy dari blog http://anisfuad79.blogspot.com/2010/06/baby-food-recipes-combo-sayur-sayuran.html




1. CAULITATOES

3 biji kentang - buang kulit dan potong dadu
2 tangkai sederhana brokoli - potong kecik-kecik
1 sudu butter

Cara
Gaul sayuran tersebut dengan butter, kukus hingga masak, blend dan simpan... Senang kan?


Caulitatoes : Dah siap dan sedia dibekukan

2. CARROT DAN KACANG BUNCIS

1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
3 biji carrot - kupas kulit dan potong dadu
segenggam kacang buncis - potong pendek-pendek
segelas air - cukup untuk empukkan carrot dan kacang tersebut

Cara
Tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan air dan biarkan mendidih
masukkan carrot dahulu dan biarkan empuk
masukkan kacang buncis dan biarkan masak
angkat dan sejukkan
dah sejuk baru boleh blend, tapis (tapis untuk buang serat-serat kacang yang susah nak hancur)
bekukan.

Carrot buncis : sedia untuk masuk freezer

SOLID FOOD

Ketahuilah bahawa bkn semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah.Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan...

Bayi 5-6 bulan
Tekstur makanan puri (halus)
Minuman susuibu
Senarai Makanan : beras,pisang,ubi kentang,keledek,lobak merah
Perlu dielakkan : garam,gulatelur,kekacang

Bayi 6-8 bulan
Tekstur makanan puri yg sedikit kasar 
Minuman susuibu,air masak,jus buahan yg dicairkan 
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 8-9 bulan
Tekstur makanan lenyek atau kisar
Minuman susuibu atau susu formula,air masak
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayur-sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin


Bayi 9-12 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,ikan,daging,produk tenusu,telur
Perlu dielakkan : telur putih,cili,garam,gula


Bayi 12-18 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buah-buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Telur mentah,cili dan kerang-kerangan

Tuesday, June 7, 2011

From Secret Club For Mommies! (FB)

Sembilan Waktu Mustajab utk IbuBapa Nasihat Anak walaupun untuk seminit
  1. Sebelum tidur
  2. Sedang tidur (bisikkan di telinganya)
  3. Selepas bangun tidur
  4. Selepas mandi
  5. Selepas solat
  6. Selepas baca Al-Quran
  7. Selepas berdoa
  8. Selepas riadah
  9. Ketika emosi anak teransang (cthnya slps memarahi anak)
Ayat Al-Quran yg digalakkan diamalkan:
Surah Al-Baqarah (satu malam baca,tiga malam syaitan takkan masuk rumah)
Surah Al-Nahl,ayat 97 (amalan utk mencapai kebahagiaan)
Firman Allah yg bermaksud:
"sesiapa yg beramal salih,drpd lelaki atau wanita,sedangkan dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dgn kehidupan yg baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dgn mberikan pahala yg lebih baik drpd apa yg mereka kerjakan.
Ayat akhir Surah A-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardhu utk mengharapkan pertolongan Allah SWT)

30 hari resepi for family

Good idea! ummi boleh tajam skill memasak ummi, manageable dan menyeronokkan. Lagi satu boleh jimat! Ummi nak kena buat satu fail untuk makanan anak ummi, makanan ummi dan papa. InsyaAllah, moga ummi konsisten. Yang penting make life wonderful and creative!

chaiyyokk ummi..=)

Vaccination

Ummi sebenanrnya dah lama berniat taknak vaksinkan anak ummi ni..ye la, betulla mereka kata vaksin untuk cegah itu ini, tapi semua tu membunuh secara senyap sel2 dalam tubuh a.k.a membahayakan tubuh. Lagipun, ia dari sumber yang tidak diketahui hala haramnya. Jadi, ummi masih study tentang vaksin ni. Kasihan pula anak ummi kalau ummi tidak tahu perkembangan anak seperti berat, tinggi, growth dan sebagainya.

Ummi tengah fikir bagaimana nak menyeimbangkan semua sekali ni..hmmm..pk..pk..pk..

Friday, June 3, 2011

Perancangan Membesarkan Anak



Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah anaranya perbelanjaannya?
Jwpn: - Sememangnya Mahal , tambahan lagi dgn kos harga barang yg melambung tinggi ini (X silap saya kadar inflasi Malaysia sekarang dah cecah 7.5%). Itu belum masuk kos kesihatan ( (Peratus kenaikan 15% setahun)-anak yang membesar selalu terdedah dgn masalah ini . Kos pendidikan juga sangat meningkat 6% setahun.
(Cuba bayangkan 10 tahun akan datang kos pendidikan yang perlu ibu bapa tanggung , akan datang belum tentu senang mendapat pinjaman pendidikan dari kerajaan).
Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
Jwpn :-
- Saya mengambil pelan simpanan pendidikan dgn faktor compound antara 9-12% untuk jangka masa 20 tahun walaupun anak masih kecil. Bermula awal sangat bagus kerana nilai mencarum sedikit boleh mencapai sasaran kos pendidikan 20 tahun akan dtg.
- Membuat caruman kedalam unit amanah dgn nilai compound 12-15% dgn jangka masa 25 tahun untuk simpanan waktu mendatang.
- Membeli insuran dgn sum insured =( Nilai gaji tahunan * 20 tahun * nilai compound 6% ).
- Ada “Multiple stream of income” + pasif income.
Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?
Jwpn.
- Berjimat cermat dlm perbelanjaan , beli “Yang Mana Perlu” bukan “beli ikut nafsu” agar wang lebihan boleh digunakan plan kewangan diatas.
- Berkerja part time untuk menambah pendapatan keluarga.
Untuk mendapatkan tips2 mengurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan cth tip2 berjimat petrol , tip2 mengurangkan byran cukai pendapatan , teknik2 menguruskan kad kredit dan belanjawan ,cara menambah pendapatan keluarga dan sebagainya. Saya syorkan anda melanggan majalah “Personal Money” (rm 9.00) di kedai2 buku & majalah


WARDDROBE Iman

Dah hampir 4 bulan lebih telah berlalu..banyak betul koleksi baju, kasut dan lain-alain yang diterima Iman sebagai hadiah dari Dr. Sala, Nona Rohani dan lain-lain. JAdinya..........wardrobe Iman dah penuh. Tak tahu dah nak letak mana..Malam ni, ummi separatekan pakaian Iman dah hampir xleh pakai, ketat.Asingkanlah, ringan sikit wardrobe tu..Macam-macam ada di wardrobe selain baju, CD Iman pun dah bertambah, sekarang dah ada 20 CD coolabb, cukuplah setakat ini, juga stokin dan kasut, juga alatan Iman seperti ubat, dsb ummi letak satu tempat. mudah2an papa bagi bajet untuk beli yang baru..yihaaa!!

Ummi dok bebel sal wardrobe Iman dah penuh ni sebab sekarang ummi tengah kemas barang-barang Iman ni..(kerja terbengkalai)..

JUN/ REJAB: Mudah-mudahan membahagiakan

Iman..bulan ni, birthday ummi..macam Iman, JANUARI kan..? So, ummi mendoakan JUN 2011 ini membahagiakan  kita semua malah terlebih-lebih bahagia dengan nikmat Allah bagi. Iman dah makin membesar..bulan ni dah bulan ke-5 Iman di atas mukabumi ALLAH ni..ummmi xsabar nak ajar Iman macam-macam.

Ummi akan mula bekerja JUN ini..cuma masih belum confirm dapat offer letter.Kerja yang bagaimana,xboleh nak citer kat sini..ummi masih menunggu senate endorsement UKM. Lambatla juga. Tapi xmengapala, ummi nak amibil peluang dok dengan Iman selalu ya..Iman..ummi rindu sokmo pada Iman..

Doakan bulan ini sempena REJAB, kita dapat manfaatkan bulan yang mulia ini ke arah lebih baik dan sentiasa cemerlang! Kita plan dan rancang sebaiknya agar tidak mengulangi kesilapan demi kesilapan. Akhir sekali laksanakan perancangan tersebut sebaik-baiknya juga.mudah-mudahan..ameen.

YANG PENTING! UMMI KENA GANTI POSA 8 HARI (XGANTI2 LAGI NI)


Waktu TIDUR 10-11 malam

Sebelum tidur, nak kena cakap banyak2 dulu ngan Iman, sengih-sengih dulu, gelak2 dulu sampai letih, baru iman TIDO..sekarang ni tengah tidurla, itu yang ummi boleh menaip kat blog ni..hehe. 

Cuma sekarang, cuaca panas, tak dinafikan kepanasannya. Iman tidur mesti tak berbaju punyer, kain basah kena ada sekali, maklumlah, rumah kita xder aircond. Tapi Iman cool aje dengan teknik tradisional yang ummi wat. Siap gelak-gelak lagi bila ummi lap dengan kain basah. Iman..Iman, u are my little charming baby..sangat menyenangkan ummi dan tak banyak karenah. Kasi minum susu (nenen) kenyang2..insyaaAllah, tidurla anak ummi.

Tidurla Iman..moga kasih ummi tersemat dalam mimpimu. (BESTNYER IMAN TIDOOO-GAMBAR IMAN TIDUR DI MUSALLA FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM)

Nak beli rumah pulak!!!

aritu ummi plan nak sewa rumah, ni nak beli rumah pula..mana satu ni ummi? Semalam, ayah ngah inform ummi ada rumah baru nak pecah tanah di seksyen 3.Apa salahnya mencuba. Tapi bila pergi tadi..rumahnya sangatla sempit..tak mengapalah, kita tengok dulu.Ummi dah pergi mendaftar tadi..(3/6/11).

Doakan usaha nak beli rumah dalam masa terdekat ini berjaya..=)

Wednesday, June 1, 2011

Iman MENGIRING sebelum MENIARAP

Ni, nak cuba-cuba meniarap..mengiring dulu..tapi scene ni Iman malas sikit!

Iman syok tengok Youtube ALIF BA TAA, tapi MATA>>sempat lagi tu!

Tengokla Iman yang syumell, ingat dah KHUSYUK tengok ALIF BAA TAA..ada lagi yang mencuri perhatiannya.. APA   TU????


KAMERA!!!!!!!!!!!!!!! hehe, Iman..Iman...kamera ni dah jadi mainan dia dah..xleh nak main-main tunjuk..kalau tak bagi , huhu, jerittttttttttttttt!!!

MEI: Ceritera Iman selepas sebulan tak update blog !

Ummi ni macam-macam nak buat pastu dah banyak terbengkalai janji ummi nak update blog ni..haha..dah sebulan ummi xmenulis..kasihan Iman..ye la..nanti ummi tulis yer, nanti bila Iman dah pandai baca, Iman pun nak baca perkembangan hidup Iman masa kecik2 kan..

Iman cepat tul membesar tau..baju semua dah kecik2..dah takmuat.Apa lagi, bershopping la ummi cari baju Iman. Ummi pastikan baju ummi beli betul2 besar, ngam untuk 3-4 bulan lagi ..hehe, hopefully la sebab Iman ni cepat membesar, unpredictable!

Iman, ummi xcucuk lagi Iman 4 bulan..ummi dalam dilemma nak bawak anak ummi cucuk ke tak..sebab ummi nak jadi natural parenting slow2..ummi nak adapt diri ummi xnak deal dengan benda2 buatan manusia yang merosakkan tubuh. Tapi pada masa yang sama ummi perlu memahami consequence jika ummi tak cucuk or any possibilities. Tapi insyaAllah, anak ummi should be okay, Ummi nak pastikan pemakanan dan susu Iman bukan setakat natural tapi halalal thoiyyiban..papa, cari rezeki yang baik-baik untuk anak papa ini yer..biar jadi darah daging yang baik dan cemerlang dunia akhirat.

Iman dah ikut ummi dan papa berbisnes wall paper, dari booth UNIKEB hingga ukur rumah orang..Iman hepi aje ummi tengok.Iman dah ramai kawan kat UNIKEB UKM, k.ain, k.ika dll.

Pastu at the same time pula ummi dah dapatkan pengasuh Iman. Alhamdulillah, pengasuh Iman ni ummi jumpa di MASJID TERAS JERNANG. Bukan calang-calang tempat dan mudah-mudahan berkekalan dan baik jagaannya. Nanti Iman dok ngan MAMA k..dok elok-elok dan minum susu tu yer..Ummi tau iman susah nak minum susu botol. (Tanggal 20 Mei 2011, Jumaat Iman dok ngn pengasuh).

Dan nak jadikan kesah, tarikh yang sama, Jumaat, ummi terima panggilan dari USIM mengatakan ummi dapat interview pada 23 Jun, Isnin. Alhamdulillah. Ummi dah gone through the process dan 25 Mei juga, En. Khairul, bahagian perjawatan telefon ummi mengatakan bahawa keputusan interview adalah positif dan pending senate endoresement. Once dah dapat senate endorsement, segera maklumkan kepada beliau nanti. (HAHAHA..YG LAWAKNYA UMMI TAK WAT LANGSUNG SALINAN SIJIL...EXCITED SANGAT!NASIB BAIK LEH SCAN DAN HANTAR VIA EMAIL SAJE)

Minggu 27-29 Mei- Papa buka booth di Putrajaya. Ummi tolong sekejap, hari Jumaat. hmmm...modal banyak keluar tapi balikla modal. Rata-ratanya rugila..tapi tu la adat bisnes, nak mencuba kena bear the risk.

Kesimpulannya, MEI 2011 adalah excellent bagi kita semua. Mula balik dari kampung setelah cikna kawin, maka xpdc buka booth bermula, pastu papa sibuk pasang wallpaper, sibuk juga bergoogle adword untuk urusan LOAN, juga dengan Public MUTUALnya yang dapat kes kow2 punya. IMAN, kehadiran IMAN, Allah banyak bagi rezeki pada kita semua. SAY WHAT? ALHAMDULILLAH.....SYUKUR KEPADA ALLAH YANG BERI SEGALA NIKMAT.





10 mitos penyusuan Ibu

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

  1. KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
  • Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
  1. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
  • Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
  1. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
  • Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
  1. BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
  • Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
  1. BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
  • Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan)
  1. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
  • Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
  1. MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
  • Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
  1. WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
  1. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
  1. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
  • Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...