Tuesday, July 12, 2011

MENGAPA MEMBACA AWAL ITU PENTING?

Ummi baca e-book percuma dari http://babypandaibaca.com/. Penting jika Iman dapat membaca awal sebabnya;
  • Mengajar Pada Awal Usia Lebih Mudah
  • Menambah Kefahaman Bayi Terhadap Sesuatu Benda/ Konsep
  • Memahami Sesuatu Konsep Dengan Lebih Jelas
  • Bertambah Pengetahuan dan Pengalaman
  • Membantu Mengatasi Masalah Pembelajaran
  • Membantu Memahami Pelajaran di Sekolah
  • Menguasai Kemahiran Berbahasa dan Berkomunikasi
  • Tahap Keyakinan Diri Tinggi
  • Proses Pendidikan Berkualiti
  • Menjana Kepintaran dan Kematangan
Ummi percaya, jika pendidikan awal dimulakan sesegera mungkin, insyaAllah..itula yang terbaik untuk perkembangan Iman..



Monday, July 11, 2011

Belajar benda baru

Ummi belajar benda baru...nak apdate blog Iman n nak kasi bermafaat lagi kan?

So, ummmi spend masa sikit letak Lilypie and link within. rasa syonookkk sgt!

Syabas Ummi..usaha lagi kasi syantekk iman punyer blog ni. yer..

CARA UNTUK HILANGKAN KAHAK BAYI

Iman tak batuk, demam or selesema tapi berkahak. So, ummi cari tips natural not using medicine, hopefully berkesan pada Iman.


  • tiarapkan anak kat tangan kiri, tangan kanan tekup dan tepuk belakang anak pelan-pelan... insyaallah kahak tu akan lokah (tanggal) n dia akan kuar bersama-sama muntah / najis masa poopoo....
  • klu idung tersumbat mbik ibu kunyit... ujungnyer sapu kat btg idung baby sampai kedahi... menegak... pastu sebelum tido sapukan minyak telon/minyak2 yg awak guna utk baby tu kat tpk kaki.... pastu pakaikan stokin.. insyaallah
  • Goreng garam kasar..pastu ikat ngan kain n tuam belakang bb
  • never put vicks esp kat baby or under 2 years.. ader bahan dlm tu yg sgt bahaya even to adult bila disedut .. try cari kat internet bahya vicks ke .. tengok .. kat luar dah lama warning pasal ni .. harap lebih berhati2 tk silap kat botol pun ader warning tk boleh guna kat baby..Vicks vaporub mmg x boleh digunakan utk children below 2. Kalau nak guna beli vicks balsam atau vapor balm 21st century. Vicks vaporub ada camphor. Camphor ni yg x elok utk baby.
  • jgn halakn kipas directly bile bb tdo..mndikn dgn air suam2..kalo sjuk xyah mndikn pn xpe..lap2 je badan die dgn kain basah.
  • guna minyak kayu putih.
  • bagi minum cikit madu and air zam zam...... momies pun cuba minum madu gak pag-pagi n jgn minum/makan ais/benda2 sejuk macam timun,kangkung,kubis
  • "thermal steam therapy" is the best. no ubat no ointment rubs. just duduk dekat air humidifier for a few minutes. tak pun, time tido malam, put the air humidifier tu letak dekat night stand near the bed. dia bantu cairkan & flush down kahak. kalau org dulu2, they just duduk dgn anak dekat tepi cerek yg tgh steaming out wap panas. kalau utk adult, boleh la buat ala2 steam muka time facial tu (letak muka over mangkuk air panas & cover dgn towel tu).
  • buat fisioterapi iaitu tepuk percussion pada belakang baby. itu akan melonggarkan saluran pernafasan baby, dan bantu dia utk bernafas dgn baik. 
  • Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus
  • tepuk belakang dia dari bawah ke atas (kalau nak burpkan bb dari atas ke bawah)
    lengkungkan tapak tgn macam nak tadah air br tepuk
    tepuk kuat2 bukan slow
    doc ckp tak sakit, kalau tgn flat br sakit, jgn flatkan tgn
    tepuk dari bawah kat pinggang dia ke atas (kat bahu dia)
    bukan tepuk kat tulang belakang, tapi kat tepi
    so kena ulang, memula belah kanan, pastu belah kiri atau vice versa
    buat sejam lepas minum atau seblm minum
    kalau lepas minum nanti dia muntah balik suma yg minum

Sunday, July 3, 2011

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
  •  

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut  Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit... 

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and  mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang.. 

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur... 

Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
  •  

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


CUBALAH ALL MOMMIES... SEDAP TAU...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...