BREASTFEED JOURNEY



10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

  1. KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
  • Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
  1. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
  • Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
  1. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
  • Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
  1. BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
  • Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
  1. BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
  • Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan)
  1. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
  • Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
  1. MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
  • Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
  1. WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
  1. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
  1. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
  • Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.


PUASA DAN PENYUSUAN

  • Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut. 

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka. 
Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa. 

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka. 

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba (accelerated starvation). 

Punca kurang susu ibu.Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu. 
Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. 
Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin(berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)
FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil. 
Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan. 
Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu. 


Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu 
Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.
“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”
“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”
Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini. 
Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.” 
Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang. 

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya. 
Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya. 
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ 
أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان 
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.” 
Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini. 
WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Sumber: Abul Harith (2008). Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding). fiqhmedic.wordpress.com. 

===========================================================
Ibu2 jom kita kongsi tips berpuasa dan menyusukan anak...

sila catatkan nama anda dibawah ya seperti yang saya buat :)

1 - by; Mummycare Liza
‎1) jangan skip sahur - makan nasi/karbohidrat
2)minum byk air masa berbuka dan bersahur
3)amalkan mkn kurma semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur
4) untuk ganti puasa boleh mulakan lebih awal, seminggu 2 kali, Isnin dan khamis (dua hari ni kan sunat berpuasa) tapi jangan puasa pada waktu or hari yang diharamkan berpuasa ya 

2 - by; reiko sulman
1) jgn skip sahur & mkn makanan yg berat
2) byk2 minum air time berbuka & bersahur
3) adjust sikit time pumping.... tambah jumlah pumping pd waktu mlm
4) berbuka dgn minuman & makanan yg manis... sebab die merangsang minda kte yg dah letih... so, bile kte segar production susu akan bertambah...

3 -  by; Es Naina
1) sama juga ngn yg ats, jgn skip sahur - mkn nasi (jgn pk diet sgt)..
2) minum air dgn bnyk..terutama air kosong..sangat membantu (jgn biar perut kosg d mlm hari).
3) wpun tak makan/minum siang hari, jgn skip pumping..
4) mindset sentiasa positif. jgn pk susu akan merudum..tp cekalkan azam insyalh bekalan maintain.
   p/s smlm bru gnti posa alhmdlh selamat hehehehe

4 - by : Miemy Amin
1) makan makanan yg berat time sahur n fruit. nasi itu wajib!
2) minum susu,milo,horlicks 2 gelas sehari. time sahur n buka puasa.
3) even berpuasa, pastikan kita still minum 8gelas atau lebih air masak dalam sehari.
4) time niat tu,berdoalah sikit mintak dipermudahkan supaya bekalan susu tetap cukup untuk anak tercinta,insyaALLAH...harap membantu!! :)

5) - by : Masmarissa Ciut
Para ibu yg menyusukan anak digalakkan agar menjaga pemakanan semasa dibulan puasa.Walaubagaimanapun kita tetap perlu kerap menyusukan anak agar penghasilan susu yg lancar tetap diteruskan.Saranan maknanan berikut mungkin dpt mbantu menambah susuibu
  • Makanan mengandungi vitamin B spt kekacang dll.
  • Kurma,mkn begitu saja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan kedlm susu panas
  • Lobak putih / peria -boleh dijadikan sbg jus atau sup
  • Oat - dijadikan minuman,bubur atau salutan pd makanan
  • Longan - boleh dijadikan minuman
  • Halba - dimkn begitu saja,direndam dlm air mendidih/masukkan didlm masakan
  • Pucuk Manis - dibuat masak lemak
  • Pucuk Pegaga - dijadikan ulam atau jus
  • Air soya produk tenusu tauhu,tempe
  • Barli
  • Habbatus sauda/jintan 
6) 
Tips Menyusu dan berpuasa
by MummyMaira Wardrobe on Sunday, 03 July 2011 at 11:25
Persediaan untuk berpuasa

Sedar tak sedar tak sampai 2 bulan kita akan menyambut Ramadhan. Ramai yang dalam mood mengganti puasa sekarang ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan keupayaan untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang menyusu, mereka merasakan perlu membuat backup stok yang banyak kerana khuatir production susu akan terjejas. Tak kurang juga, yang bertanya, apa vitamin tambahan yang diperlukan untuk support badan dan susu ketika berpuasa.


Persediaan Mental dan Rohaniah
Baru-baru nak puasa memang badan pada tahap nak biasakan diri. Bagi kebanyakkan orang akan rasa lapar dan dahaga terutama pada hari pertama.  Jadi, wajib kita mendekatkan diri dengan Allah supaya sentiasa tenang dan sabar menjalani ibadah berpuasa ini
-pelihara solat wajib

-berjinak-jinak dengan solat sunat seperti dhuha kerana
banyak rahmatnya
-dibulan  puasa of couse la terawih walaupun hanya dirumah.
-basahi lidah dengan zikir
-kurangkan bercakap perkara sia-sia

Persediaan Fizikal
Walaupun ketika berpuasa, tubuh badan kita akan tetap menjalankan fungsi2 asas cuma kilang memproses makanan,rehatlah sesi siangnya. Keperluan asas badan adalah air, sumber protein,karbohidarat, lemak untuk sumber tenaga dan  vitamin sebagai pelengkap nutirien dan menjana aktiviti badan. Jadi semasa berbuka puasa pastikan anda mengambil makanan seimbang dan kaya serat. Sepanjang malam dan sehinggalah ke sahur, kerapkan minum air kosong untuk bekalan hari esok juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...