Tuesday, April 5, 2011

Fasa suku Kedua 2011

Alhamdulillah, berlalulah sudah fasa suku pertama 2011 (Jan, Feb, Mac). Berjaya atau tidak adalah satu persoalan yang perlu dijawab bersama-sama. Maksudnya, jika rasa tidak berpuas hati, maka perlu diperbaiki lagi. Anggapla jika ia tidak mencapai piawaian yang diharapkan, maka perlu usaha lagi supaya lebih baik dan cemerlang, InsyaAllah.. Fasa pertama, ummi berada dikampung, sebelum, semasa dan selepas bersalin, dalam 2 bulan 2 minggu ummi berada di kampung, memang anugerah dan nikmat yang tidak ternilai berada di rumah bersama tokmek dan tok ayah. Alhamdulillah. Tidak mudah untuk berada selama itu di kampung jika dengan status bekerja.

Fasa suku kedua bermula April. Sepanjang 5 hari dalam bulan April, ummi sangat berpuas hati kerana ummi benar2 stick dengan apa yang ummi mahu sebagai work at home mom. Selama dua bulan akan datang, April hingga Mei, ummi bertugas sebagai pembantu penyelidik dan pada masa yang sama enumerator bagi questionaire projek Fakulti. Ummi juga berjaya membeli pelengkap kepada keperluan Iman iaitu freezer. Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku. Pada masa yang sama, correction ummi telah siap. huh! rasa seronok sangat 5 hari yang sangat precious dalam bulan April. Benar2 mabeless..rasa blessed sangat2! alhamdulillah.

Ummi memang berharap dapat menjaga Iman dalam 2 bulan ini lagi atau sehingga Iman 6 bulan. Ummi tak sanggup nak melepaskan Iman pada BS lg. Pada masa yang sama, ummi pun xmencari2 lagi BS..hehe..tak sanggup rasanya nak letak anak untuk orang  lain jaga.

Ummi harapkan satu lagi perkara besar belaku, iaitu ummi dapat pindah rumah di seksyen 1 sepertimana yang diharapkan sebelum ini. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Doaku juga agar aku mendapat kerja dalam bidangku minati dalam masa terdekat ini. ameen.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...