Sunday, April 3, 2011

My Journey of breastfeeding Iman

Pertama sekali, kena niat betul2 lilllahitaala..apa2pun hubungkan niat kita dengan yang Maha Pencipta..Mohon dikuatkan hati dan semangat untuk BF baby..ekslusif 6 bulan dan jika diizinkan sehingga 2 tahun.

Sekarang ni ada ruang dan peluang untuk BF baby. Kalau sekadar ada duit tetapi tiada ilmu dan kesungguhan untuk Bf, maka ia akan jadi sia-sia. So, equip ourselves with knowledge and always ask anybody expert in this filed. Never regret!!.

Perjalanan BF ku bukanlah juga mudah kerana ada yang berkata BF ni sebab tiada bajet untuk susu atau nak jimat, nanti jika bagi susu ibu sahaja baby tak cukup zat. Susahla nak gerak kalau fully BF..Alahai..rasa down sekejap. Kalau nak jimat bajet, gajet BF sebenarnya agak mahal berbanding dengan susu formula. Kena keluarkan lumpsum ratusan malah ribuan untuk gajet2 BF seperti pam susu, beg, botol susu, liner, kalau yang paling bagus siap ada deep frezer..semua tu merupakan agen2 pemula dan pelengkap BF.Kalau susu ibu tak cukup, maka sia-sialah firman Allah dalam surah Albaqarah tentang susu ibu? Kalau susah nak BF, eh, rasanya susu formula lagi susah sebab nak kena usung sus, air panas dan sebaginya. (no offence to those yang bagi FM, ummi cuba menjawab apa yang dilontarkan pada ummi sahaja)

Tentang gajet2 BF ni..Ummi berkira2 dan tengok bajet juga. Beli yang berpatutan dan berbaloi..Ummi beli pam spectra, botol susu autumz, cooler bag, icepack, liner, bekas dadih dan juga tidak dilupakan strelizer dan warmer. Kalau nak yang elok, memang la ada, tapi harganya pun leh tahan. Bagi ummi, psychology is most important rather than those expensive gadget..We have to be positive thinker to boost up our milk.

Sebenarnya, pengumpulan susu telah bermula sejak pantang 40 hari. 2 minggu selepas melahirkan Iman, ummi wat stok, tapi masa ummi ke Bangi untuk Viva, most of the stock almost finish and ummi have to restock again. owhh..Iman, keperluan susumu sangat tinggi. Lepas ummi kembali ke bangi, ummi hanya direct feed dan tak buat stok kerana ummi tidak bekerja. So, starting from today, ummi have to restock again, pam dan tersukan mengepam, becoz ummi nak ready tuk masuk bekerja nanti...

ummi..cepat ummi amik gambar iman dgn gajet BP ni, sangat berjasa buat Iman kenyang..burpp, alhamdulillah


ni la dia..set Breats pump dan konco-konconya yg sangat berguna dan efficient sekali!


 Pam Pureen manual hadiah dari Dr Sala..sangat berguna pada 2 minggu awal kelahiran Iman..sakit juga tangan ummi mengepam..pon..pon bunyinya..hehe


 Pam Pureen battery ni pula sangatla berguna setelah berhempas pulas menggunakan pam manual..guna battery je..bunyinya macam mesin rumput.

bekas-bekas dadih bakal menjalankan tugas..


 Little bean sterelizer, boleh panaskan susu, slid food dan ada untuk travel sekali..beli yg second hand punya, tp berbaloi2..sbb masih baru. Jimat rm100 :))


inilah Milk boosterku..best!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...